Site icon TechNave BM

PICO Neo 3 Link kini berharga RM1,099

Hari ini, PICO Malaysia baru sahaja mengumumkan bahawa harga PICO Neo 3 Link telah diturunkan sebanyak RM500. Untuk pengetahuan, harga asal set kepala VR ini ialah RM1,599 tetapi kini ia boleh dibeli dengan harga RM1,099 dan tersedia untuk pembelian di Kedai PICO seluruh negara serta semua platform.

Selain itu, PICO juga telah melancarkan Promosi Fit for Feast dari sekarang hingga 23 Februari 2023. Setiap pembelian PICO Neo 3 Link dan PICO 4 melayakkan anda untuk menebus sehingga enam game VR bernilai sehingga RM 755 termasuk All-In-One Sports VR, After the Fall, Cities VR, Arizona Sunshine, Down the Rabbit Hole dan Oh Shape.

Di samping potongan harga kekal, pelanggan yang membeli PICO Neo 3 Link semasa tempoh promosi berpeluang untuk mendapatkan penjimatan lebih RM1,000. Anda boleh mendapatkan VR PICO di kedai PICO pada platform Lazada, Shopee, TikTok Shop atau di kedai utama PICO di Sunway Pyramid.

Perlu diingatkan bahawa promosi ini terpakai untuk sementara stok masih ada dengan terma dan syarat yang ditetapkan. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan PICO Neo 3 Link dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version