Site icon TechNave BM

Pihak POCO sahkan peranti baru akan hadir untuk lawan OnePlus Nord

Jenama dari Xiaomi, POCO yang telah berdiri teguh sendiri telah menempah nama di hati peminat sejak kemunculan peranti pertama mereka di pasaran. Memandangkan peranti kelas pertengahan kini digembar-gemburkan dengan peranti pertengahan pertama OnePlus iaitu OnePlus Nord, POCO kini memberi acahan kehadiran peranti barunya.

Acahan ini adalah daripada pihak eksekutif POCO sendiri melalui siaran di laman Twitternya. Melalui siaran tersebut, beliau memberi pilihan sama ada untuk mendapatkan OnePlus Nord atau menunggu kehadiran peranti POCO yang terbaru. Dengan tanda pagar #POCOcomingsoon, ia menguatkan lagi bukti bahawa POCO bakal hadir dengan peranti kelas pertengahan baharu.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan nama peranti baru, spesifikasi atau tarikh pelancarannya. Apa yang pasti, mungkin berita khabar angin atau spekulasi mengenainya akan mula muncul pada hari-hari yang seterusnya.

Terdahulu, kami ada memaklumkan mengenai harga POCO F2 Pro dan Redmi Note 9 yang diturunkan dengan potongan sehingga RM300.

Apakah jangkaan anda untuk spesifikasi atau nama peranti pertengahan baru POCO ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version