Site icon TechNave BM

Pilihan membayar tol secara RFID di 62 plaza tol bermula 1 Januari 2020

Terdahulu, Radio Frequency Identification (RFID) telah diperkenalkan di Malaysia melalui sistem plaza tol yang menggunakan Touch ‘n Go. Pelaksanaan pembayaran elektronik RFID ini bertujuan untuk melancarkan aliran trafik dan memudahkan pengguna. Terkini, pelaksanaan ini telah dipertingkatkan dari segi penambahan plaza tol dengan pembayaran RFID.

Memetik daripada Siakap Keli, Kementerian Kerja Raya Malaysia telah mengumumkan kenyataan media rasmi tentang 62 buah plaza tol pada 24 lebuh raya yang telah dipertingkatkan dengan sistem pembayaran elektronik, RFID. Walau bagaimanapun, peningkatan ini masih belum dimulakan sehingga 1 Januari 2020. Dengan RFID, anda hanya perlu memiliki pelekat khas (sticker) untuk melepasi plaza tol tanpa perlu beratur panjang.

Berikut merupakan kenyataan media rasmi daripada Kementerian Kerja Raya Malaysia:

Adakah anda bersetuju dengan sistem RFID? Beritahu kami di laman Facebook sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut, kunjungi laman web Touch ‘n Go RFID. Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk mengetahui perkembangan teknologi selanjutnya di Malaysia.

Sumber: Siakap Keli | Lembaga Lebuhraya Malaysia

Exit mobile version