Site icon TechNave BM

Pilihan warna menarik terbaru untuk Samsung Galaxy S20 dan S20 Plus

Terdahulu, siri Samsung Galaxy S20 telah dilancarkan secara global dan Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk siri flagship Samsung tersebut.

Jika anda bersedih berkenaan berita kehabisan stok untuk unit pra-tempahan Galaxy S20+ warna Cosmic Black, ini adalah berita gembira untuk anda. Samsung telah memberi pilihan warna terbaru untuk Galaxy S20 dan Galaxy S20+. Anda boleh lihat pilihan warna baru yang menarik seperti Aura Red, warna biru dan Cosmic White.

Galaxy Buds+ merah yang kini tersedia di Korea

Apa pun, pilihan warna ini cuma tersedia di negara-negara tertentu. Usah kecewa kerana mungkin Malaysia juga akan menerima pilihan-pilihan warna ini.

Kami akan maklumkan kepada anda melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia jika terdapat berita rasmi mengenainya. Adakah salah satu warna ini merupakan warna pilihan hati anda? Kongsi komen anda di laman Facebook TechNaveBM sekarang.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version