Site icon TechNave BM

Pilihan warna OnePlus Nord 2 5G tertiris, terdiri daripada 4 warna

Telefon pintar kelas pertengahan OnePlus Nord 2 5G bakal dilancar pada hari ini dan beberapa spesifikasi utamanya telah pun dikongsi oleh OnePlus. Kini, pilhan warnanya pula telah tertiris dan ia terdiri daripada empat pilihan warna.

Menurut pengkhabar berita teknologi Evan Blass, Nord 2 5G bakal ditawarkan dalam empat warna iaitu merah, hijau Green Wood, biru Blue Haze dan kelabu Grey Sierra. Sebelum ini, OnePlus telah mengumumkan satu sahaja warna iaitu biru Blue Haze dalam satu poster rasmi.

Walaupun ini bukan berita rasmi, maklumat awal yang disediakan oleh Evan Blass selalunya boleh dipercayai. Pilihan warna ini adalah lebih banyak berbanding OnePlus Nord asal pada tahun lepas, di mana ia hanya ditawarkan dalam dua pilihan iaitu biru dan hitam.

Beritahu kami di Facebook warna kegemaran anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version