Site icon TechNave BM

Pilihan warna untuk Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Z Flip 5G dibocorkan

Dalam sebuah khabar terbaru, pilihan warna untuk siri Samsung Galaxy Note 20 dan Galaxy Z Flip 5G yang akan datang telah pun dibocorkan.

Menurut Ishan Agarwal, Galaxy Note 20 bakal terdapat dalam warna kelabu, hijau dan tembaga (copper), manakala Note 20+ dan Note 20 Ultra pula datang dalam warna tembaga, putih dan hitam. Beliau turut mengatakan Galaxy Z Flip 5G akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu hitam, kelabu dan tembaga. Beliau berpendapat akan terdapat lagi warna lain, namun setakat ini warna-warna tersebut sahaja yang boleh disahkan.

Kita sudah pun tahu bahawa siri Galaxy Note 20 dan Galaxy Z Flip akan diumumkan dalam acara Samsung Unpacked pada 5 Ogos. Antara berita tentang Galaxy Note 20+ adalah ia mungkin akan dilengkapi kamera utama 108MP.

Perlu diingati bahawa ini masih berita yang tidak rasmi, walaupun berita oleh Ishan Agarwal selalunya boleh dipercayai. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki peranti-peranti Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi.

Exit mobile version