Site icon TechNave BM

Pixel 4a 5G dan Pixel 5 mungkin akan dilancarkan pada 8 Oktober

Selepas melancarkan Pixel 4a pada 3 Ogos lalu, Google akan melancarkan telefon seterusnya Pixel 4a 5G dan Pixel 5 tidak lama lagi. Walaupun harga Pixel 4a 5G telah diumumkan sebanyak US$499, tarikh pelancarannya masih belum diumumkan lagi. Namun, sebuah tulisan blog daripada Google Perancis mungkin telah mendedahkan tarikhnya.

Menurut sumber, artikel pengumuman Pixel 4a oleh Google Perancis telah menyertakan tarikh pra-tempahan untuk Pixel 4a 5G dan Pixel 5 yang bermula pada Khamis, 8 Oktober. Kini maklumat tersebut sudah pun dipadamkan namun masih boleh dilihat melalui Google Cache.

Laman web Google Bahasa Inggeris tidak menyertakan maklumat tersebut. Biasanya Google akan membuka pra-tempahan selepas majlis pelancaran, jadi Pixel 5 dan Pixel 4a 5G mungkin akan dilancarkan pada 8 Oktober juga.

Pixel 4a 5G dikhabarkan akan dilengkapi skrin yang lebih besar daripada Pixel 4a dan Pixel 5. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version