Site icon TechNave BM

Pixel 4a mungkin akan dilancar esok, dijual pada harga bermula ~RM1,480

Google telah mengesahkan bahawa syarikat itu akan melancarkan sebuah telefon pintar pada esok (3 Ogos). Mereka tidak memperincikan apakah nama telefon itu namun ramai mengandaikan bahawa ia adalah telefon kelas pertengahan Pixel 4a. Kini, spesifikasi awal untuk peranti tersebut sudah pun muncul dalam internet.

Menurut sumber di Twitter, Pixel 4a akan dilengkapi cipset Snapdragon 730G, RAM 6GB, storan 128GB, skrin OLED HDR 5.81 inci dengan resolusi Full HD+ dan bateri 3,140mAh. Daripada segi kamera, ia mempunyai kamera belakang 12.2MP dengan penstabilan imej optikal (OIS) dan kamera hadapan 8MP. Pixel 4a mampu merakam sehingga 4K pada 30FPS dan 1080p pada 120FPS.

Sementara itu, sebuah gambar di Twitter menunjukkan kandungan barang dalam kotak Pixel 4a, di mana telefon tersebut mempunyai warna hitam serta didatangkan dengan pengecas 18W.

Ia akan dijual di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom, Ireland, Jerman, Australia dan Jepun. Untuk pasaran AS, harga yang dijangkakan adalah US$350 (~RM1,480). Tentunya ini adalah saingan hebat dengan telefon kelas pertengahan lain seperti OnePlus Nord dan iPhone SE.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter Ishan Agarwal, Tech Droider

Exit mobile version