Site icon TechNave BM

PKP dilanjutkan sehingga 12 Mei

Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin pada hari ini mengumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sekurang-kurangnya dua minggu lagi iaitu sehingga 12 Mei.

Walaupun dengan situasi wabak COVID-19 yang menunjukkan penurunan kes, beliau mengatakan pelanjutan PKP adalah perlu bagi membendung penularan wabak ini sepenuhnya.

Sementara itu, beliau turut mengatakan kerajaan akan menyelidik usaha-usaha untuk melonggarkan penguat kuasaan PKP dalam masa terdekat. Contohnya, para siswazah mungkin dibenarkan untuk pulang ke kampung halaman, manakala mereka yang terperangkap dalam kawasan luar rumah sewaktu PKP diperkenalkan, mungkin diberi izin untuk perjalanan sehala pulang ke rumah mereka.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di Malaysia yang mula menyambut bulan Ramadhan pada hari esok.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version