Site icon TechNave BM

PKPB dikuat kuasakan bermula 14 Oktober di KL, Putrajaya & Selangor, 13 Oktober di Sabah

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dikuat kuasakan di beberapa kawasan di seluruh negara susulan daripada peningkatan kes COVID-19 pada beberapa hari lepas. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengatakan PKPB akan bermula pada 14 Oktober jam 12:01 tengah malam di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya manakala di Sabah akan bermula pada 13 Oktober.

PKPB akan dikuat kuasakan selama dua minggu iaitu sehingga 27 Oktober untuk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dan 26 Oktober untuk Sabah.

Sebarang aktiviti kemasyarakatan akan dibatalkan sepanjang penguatkuasaan PKPB, seperti majlis kahwin dan aktiviti keagamaan. Selain itu, perjalanan merentas daerah juga dilarang melainkan dengan tujuan pekerjaan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian (1|2)

Exit mobile version