Site icon TechNave BM

PKPB dilanjutkan sehingga 9 Jun

Dalam sebuah pengumuman khas oleh YAB Datuk Seri Muhyiddin Yassin pada hari ini, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama empat minggu lagi sehingga Selasa, 9 Jun.

Beliau mengingatkan rakyat agar kekal patuh dengan pelaksanaan PKPB agar wabak ini boleh dihapuskan. Selain itu, sebarang perubahan prosedur dalam mana-mana sektor ekonomi akan diumumkan kemudian.

Ini juga bermaksud sambutan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai akan berlaku sewaktu pelaksanaan PKPB. Dalam pada itu, beliau mengingatkan rakyat bahawa perjalanan balik kampung tidak dibenarkan pada waktu PKPB.

Walau bagaimanapun, sedikit kelonggaran akan diberikan di mana rakyat boleh menyambut Hari Raya dengan had maksima 20 orang pada satu-satu masa. Selain itu, pasangan yang sudah berkahwin boleh memohon permit untuk perjalanan merentas negeri bagi melawat keluarga mereka.

TechNave mengharapkan agar kita semua akan patuh pada pelaksanaan PKPB agar situasi ini reda secepat mungkin. Beritahu pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version