Site icon TechNave BM

Platform beli-belah baru Atome hadir di Malaysia, guna kaedah beli sekarang, bayar kemudian

Malaysia sudah menerima pelbagai platform e-dagang terkini contohnya Shopee dan Lazada sebagai medium beli-belah popular. Terkini, sebuah lagi platform terbaru hadir di Malaysia, iaitu Atome.

Untuk pengetahuan anda, platform ini menawarkan kaedah bayaran beli sekarang, bayar kemudian. Pembayaran di kemudian hari boleh dibuat secara ansuran tiga kali pembayaran tanpa faedah dalam tempoh tertentu. Atome kini sudah memiliki lebih 100 peniaga luar dan dalam talian yang mendaftar dengan platform mereka.

Antara jenama popular yang ada dalam Atome setakat ini adalah Hush Puppies, Agoda, ezbuy, Face Shop, Aprilskin, Obermain dan banyak lagi. Menurut Atome, anda boleh membuat pembayaran menggunakan Atome di mana-mana rakan peniaganya melalui kod QR atau pembayaran Atome di laman web rasmi.

Untuk menggunakan Atome, anda boleh mendapatkannya di Google Play Store atau Apple App Store.

Terdahulu, Shopee turut menawarkan kaedah pembayaran sama yang dinamakan sebagai SPayLater. Adakah anda berminat dengan platform yang menggunakan kaedah beli dahulu, bayar kemudian? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version