Site icon TechNave BM

Platform penstriman Max kini tersedia di Malaysia, langganan bermula RM34.90/bulan

Selepas pengumuman pertama pelancaran dan pilihan harga langgan, Max, perkhidmatan penstriman dari Warner Bros. Discovery, kini boleh diakses secara rasmi untuk pelanggan di Malaysia termasuk negara asia lain seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Taiwan dan Hong Kong.

Pelanggan dapat menikmati kandungan popular seperti HBO, DC Universe, Harry Potter, Cartoon Network dan filem Hollywood terkini selain program menarik daripada Discovery iaitu TLC serta HGTV. Pelancaran ini disertai tayangan perdana Dune: Prophecy dan Harry Potter: Wizards of Baking serta pelbagai kandungan baru seperti Twisters.

Pengguna juga boleh menonton filem ikonik seperti Barbie, Meg 2: The Trench dan koleksi penuh Harry Potter, The Lord of the Rings serta siri premium seperti Game of Thrones dan Succession. Max menawarkan pengalaman peribadi dengan profil khusus, cadangan tontonan, kawalan ibu bapa dan fungsi muat turun.

Dua pelan langganan tersedia dengan Standard untuk tontonan pada dua peranti dan Ultimate untuk empat peranti dengan kualiti 4K UHD. Perkhidmatan ini boleh diakses melalui pelbagai platform termasuk smart TV, peranti mudah alih dan rakan kongsi seperti Astro dan Unifi TV di Malaysia. Max dijangka terus berkembang ke lebih banyak pasaran pada 2025 dan 2026.

Untuk maklumat lanjut tentang langganan, anda boleh klik di sini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat melanggan platform penstriman ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version