Site icon TechNave BM

PlayStation 5 akan dilancar di Malaysia esok namun tiada unit yang akan dijual

Sony Malaysia mengesahkan bahawa para pelanggan yang telah menempah PlayStation 5 bakal menerima konsol gaming tersebut pada hari esok. Walau bagaimanapun, Sony Malaysia juga mengingatkan bahawa tiada unit yang boleh dibeli secara terus di kedai-kedai.

Sony Malaysia meminta maaf kepada para peminat PlayStation yang terpaksa menunggu lama selepas pra-tempahan ditutup namun masih tidak boleh membeli PlayStation 5 pada hari pelancarannya di Malaysia esok. Sebelum ini, pra-tempahan untuk konsol tersebut mendapat sambutan yang amat tinggi, sehingga pra-tempahan ditutup hanya beberapa minit selepas ia dibuka.

Peminat PlayStation di seluruh dunia terpaksa menunggu lebih banyak stok untuk PlayStation 5 kerana Sony mengatakan mereka tidak dapat menghasilkan konsol tersebut sepantas permintaannya yang tinggi. Sony menjanjikan lebih banyak stok akan tersedia sebelum 2020 berakhir namun besar kemungkinan ia akan diutamakan untuk para pelanggan di negara Barat.

Adakah anda salah seorang daripada pemilik awal PS5 di Malaysia? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version