Site icon TechNave BM

PlayStation 5 bakal menyokong kadar segar semula boleh ubah (VRR) tidak lama lagi

Baru-baru ini, Sony telah melancarkan konsol permainan mereka yang terbaru, PlayStation 5 di seluruh dunia. Konsol ini mampu untuk menyokong 120fps pada kualiti 4K dan 1080P, namun buat masa ini ia tidak menyokong variable refresh rate (VRR) yang boleh mengubah kadar segar semula secara automatik.

Hal ini sedikit pelik kerana konsol ini hadir dengan HDMI 2.1 yang menyokong ciri tersebut secara asal. Terbaru, pada bahagian soalan lazim PlayStation 5, Sony mengesahkan bahawa ciri variable refresh rate (VRR) ini akan disokong oleh PlayStation 5 dalam masa yang terdekat.

Jika dilihat pada pesaingnya, kesemua konsol Xbox Siri X, Siri S dan One X menyokong ciri VRR dan ianya dapat menjadikan pengalaman gaming lebih lancar dan lebih konsisten.

Perlu diingat, jika PS5 sudah mampu untuk menyokong VRR, ia mungkin tidak dapat berfungsi dengan televisyen anda. Hal in kerana televisyen anda juga perlu menyokong HDMI 2.1 untuk menggunakan ciri ini.

Nantikan berita lanjut mengenai PlayStation 5 di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version