Site icon TechNave BM

PLUS aktifkan semula lorong SmartTAG, terdapat isu penggunaan RFID

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) hari ini telah mengaktifkan kembali lorong SmartTAG yang sebelum ini ditutup di beberapa plaza tol susulan pelaksanaan pembayaran tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).

Hal ini adalah kerana terdapat beberapa aduan daripada pengguna terhadap isu dan rungutan terhadap penggunaan RFID.  Sehubungan itu, PLUS akan mengembalikan semula 19 lorong SmartTAG di 16 plaza tol sebelum Selasa depan khususnya menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Selain itu, PLUS memberi jaminan akan meningkatkan sistem RFID dan meningkatkan kadar pengesanan tag RFID di plaza tol bagi membolehkan kenderaan melalui lorong RFID dengan lebih pantas. Pembantu khidmat pelanggan PLUS akan memberi kupon Touch N Go kepada pelanggan yang mengalami masalah pengesanan RFID.

Pelanggan boleh terus ke mana-mana 24 Pusat Pemasangan Tag RFID di lebuh raya PLUS atau 35 lagi lokasi di luar lebuh raya itu untuk pemeriksaan. Jika tag didapati rosak, pihak Touch N Go akan menggantikan tag itu secara PERCUMA.

Adakah anda mengalami masalah RFID seperti ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version