Site icon TechNave BM

PLUS tambah 12 lorong RFID di plaza tol, kurangkan kesesakan

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan bahawa 12 lagi lorong teknologi Radio Frequency Identification (RFID) akan ditambah oleh PLUS Expressway Berhad menjelang pertengahan April tahun ini. Ini berikutan aduan pengguna lebuh raya bahawa kekurangan lorong RFID menyebabkan kesesakan di plaza tol.

Menurut sumber, Nanta menegaskan keputusan itu dicapai pada pertemuan antara beliau dan wakil Touch ’n Go Malaysia, Lembaga Lebuhraya Malaysia dan PLUS Malaysia pagi ini. Dalam pertemuan itu, beliau turut mengarahkan tindakan diambil berhubung isu keselamatan yang dibangkitkan pengguna jalan raya berhubung kedudukan lorong RFID.

Hal ini kerana kedudukan pondok tol bagi laluan RFID telah ditukar yang menyebabkan kemalangan. Berhubung kekurangan lorong RFID, Nanta berkata perkara itu menyebabkan kesesakan teruk di plaza tol. Sistem RFID menggunakan cip frekuensi radio yang terkandung dalam pelekat yang dilekatkan pada kenderaan.

Ia dicipta bagi menggantikan peranan peranti tag pintar (SmartTAG). Apa pendapat anda tentang kenyataan Menteri Kerja Raya ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version