Site icon TechNave BM

PM lancar inisiatif #SayaDigital untuk tingkatkan tahap celik IT dalam masyarakat

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah melancarkan inisiatif #SayaDigital bersama Malaysia Digital Economic Corporation (MDEC) yang bertujuan meningkatkan literasi digital dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan B40, belia, warga emas dan kumpulan rentan sosio ekonomi.

Inisiatif #SayaDigital adalah sebahagian daripada Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (MyDIGITAL) yang mensasarkan 500,000 peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi digital menjelang 2030 dan akan menyumbang 22.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2025.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan inisiatif ini akan memperkenalkan pelbagai jenis program, seminar dan skim latihan yang telah pun dimulakan sejak Ogos 2020. Program ini turut mengajar tentang perniagaan secara maya bagi membantu masyarakat jana pendapatan melalui eRezeki.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version