Site icon TechNave BM

PM minta pelajar supaya jangan jual tablet PerantiSiswa

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) Tan Sri Annuar Musa telah memberi amaran kepada para penerima tablet PerantiSiswa yang menjual peranti tersebut, di mana mereka akan dikenakan tindakan tegas.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob merayu para pelajar yang menerima bantuan peranti itu supaya tidak menjualnya. Beliau mengatakan tujuan asal program PerantiSiswa adalah untuk membantu para pelajar daripada golongan B40 dalam pendidikan mereka.

Pada asalnya memang terdapat kebimbangan oleh K-KOMM berkenaan penjualan tablet PerantiSiswa dan sebab itulah tablet tersebut hanya boleh dipinjamkan kepada para pelajar. Menurut perancangan asal, tablet itu harus dipulangkan kepada kerajaan selepas empat tahun.

Walau bagaimanapun, kerajaan memutuskan untuk memberi terus tablet itu kerana tidak ingin menyusahkan para pelajar. Jika penerima tablet itu menjualnya dalam internet, ini akan menggagalkan

Beliau turut berkata K-KOMM dan Kementerian Pengajian Tinggi akan mempertimbangkan sama ada para pelajar yang menjual tablet PerantiSiswa itu akan disenaraihitamkan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version