Site icon TechNave BM

PM Pakistan tulis surat kepada Mark Zuckerberg, Facebook perlu sekat siaran bersifat Islamofobia

Laman media sosial kini bukan sahaja menjadi laman perkongsian maklumat, tetapi juga arena perdebatan atau hasutan maya untuk sesetengah perkara. Pelbagai media sosial telah mula mewujudkan beberapa ciri untuk mengurangkan siaran hasut maya yang boleh mengundang unsur negatif. Seiring dengan itu, Perdana Menteri Pakistan dilaporkan menghantar surat kepada CEO Facebook untuk menyekat siaran dan kandungan yang bersifat Islamofobia.

Kandungan surat itu didedahkan oleh Perdana Menteri Pakistan Imran Khan sendiri melalui laman Twitternya. Menurutnya, Islamofobia yang semakin berkembang menggalakkan keganasan dan fahaman pelampau di seluruh dunia, terutamanya di laman media sosial seperti Facebook.

Beliau memohon agar Mark Zuckerberg mengadakan sekatan terhadap kandungan bersifat Islamofobia dan bencikan Islam seperti sekatan yang dijalankan terhadap kandungan untuk Holocaust. Beliau turut merujuk kepada peristiwa lepas di mana Presiden Perancis telah memaparkan kartun yang dikaitkan dengan Nabi Muhammad SAW.

Apa pun, Facebook masih tidak memberi apa-apa maklum balas mengenai hal ini. Apakah pendapat anda tentang usaha dari Perdana Menteri Pakistan ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Reuters

Exit mobile version