Site icon TechNave BM

PM: Pengurangan tol di 6 lebuh raya untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat

Bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, Perdana Menteri, Ismail Sabri mengumumkan bahawa tol di 6 lebuh raya akan dikurangkan. 6 lebuh raya ini termasuk Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Gabriel (GCE), Kemuning-Shah Alam (LKSA) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Kajang (SILK).

Pengurangan tol bermula pada 12:01 tengah malam pada hari Ahad ini bersamaan 20 Oktober 2022. Bagi Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Baru (BESRAYA), tol akan dikurangkan mulai 1 Januari 2023. Untuk butiran lanjut, sila klik di sini.

Sementara itu, Ismail Sabri juga berkata kerajaan bersetuju untuk menstruktur semula empat syarikat konsesi lebuh raya yang diuruskan PROLINTA. Ia bagi menampung jumlah trafik yang tinggi dan menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di lebuh raya.

Kerajaan akan membina lorong tambahan dari stesen tol Gombak di Kuala Lumpur (KLK) sehingga stesen tol Bentong dan terowong baharu ke Genting. Selain itu, lebuh raya dari Puncak Perdana ke Penchala dengan panjang keseluruhan 20.1 kilometer juga akan dibuka secara rasmi kepada lalu lintas mulai 12:01 tengah malam pada 14 Oktober.

Pengguna boleh melalui lebuh raya tersebut secara percuma selama 1 bulan sehingga 30 November. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: FB PROLINTAS

Exit mobile version