Site icon TechNave BM

PM rancang untuk semak semula perjanjian projek rangkaian 5G tempatan

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa semua perjanjian berhubung projek pelaksanaan prasaran 5G di seluruh negara akan disemak semula bagi menjamin ketelusan projek.

Menurutnya, pelaksanaan perjanjian projek 5G yang dilaksanakan dalam kerajaan sebelum ini tidak dilaksanakan secara telus kerana ia tidak mempunyai proses tender terbuka. Proses semakan semula ini akan dilakukan dengan prosedur kewangan yang ketat.

Sebelum ini, infrastruktur 5G tempatan dibina sepenuhnya oleh Digital Nasional Berhad (DNB) dan syarikat telekomunikasi tempatan hanya boleh menggunakan spektrum 5G yang disediakan oleh infrastruktur DNB.

Isu ini pernah dibahaskan di Dewan Rakyat oleh Anwar Ibrahim sebelum ini, di mana beliau berkata inisiatif kerajaan perlu diperincikan bagi memastikan kos dan syarikat pembina infrastruktur tidak dipertikai pada masa hadapan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version