Site icon TechNave BM

PMX: Kementerian Komunikasi dan Digital perlu dipisahkan untuk transformasi digital yang lebih fokus

Dalam kabinet yang telah dirombak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu ini, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini telah dipisahkan kepada dua kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Kementerian Komunikasi akan diketuai oleh YB Fahmi Fadzil yang merupakan bekas menteri KKD, manakala Kementerian Digital pula diketuai oleh YB Gobind Singh Deo.

Apabila ditanya tentang sebab pemisahan KKD, Anwar berkata kerajaannya menerima banyak kritikan, terutamanya untuk aspek komunikasi melalui media sosial yang agak mencabar. Beliau mengaku bahawa penyebaran maklumat kini tidak lagi begitu berkesan, jadi dengan pemisahan KKD, kerajaan boleh memfokuskan pada aspek tersebut untuk memperbaiki komunikasi dan penyebaran maklumat.

Pada hari ini, YB Fahmi Fadzil menjelaskan bahawa Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) kini diletakkan bawah Kementerian Komunikasi selepas ia dipindahkan daripada Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beberapa jabatan lain yang kini berada bawah Kementerian Komunikasi termasuklah:

Selain itu, transformasi digital juga menjadi cabaran yang semakin sukar dan kini terdapat keperluan untuk menangani isu itu yang sentiasa berubah dan muncul minat baharu.

Kata Anwar lagi, dengan pusat data baharu dan minat baharu dalam aspek kecerdasan buatan (AI), terdapat keperluan untuk meningkatkan pemahaman pelajar dalam pelbagai peringkat. Beliau mungkin merujuk kepada pembinaan pusat data di Malaysia oleh NVIDIA yang diumumkan baru-baru ini dan akan dibina bermula tahun hadapan.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA, BERNAMA

Exit mobile version