Site icon TechNave BM

PMX lancar Program CD:NXT CelcomDigi, sasar 5,000 bakat muda kuasai AI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah melancarkan CD:NXT iaitu sebuah inisiatif utama CelcomDigi Berhad untuk melahirkan generasi pemimpin digital baharu yang bersedia menerajui transformasi ekonomi Malaysia berasaskan teknologi 5G dan kecerdasan buatan (AI).

Program ini menyasarkan untuk membangunkan 5,000 anak muda Malaysia dengan kemahiran kritikal dalam bidang AI, teknologi, data dan analitik bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja serta memperkukuh ekosistem ekonomi digital negara.

Sebagai permulaan, seramai 20 bakat muda cemerlang menyertai CD:NXT Young Talent Programme dipilih daripada 3,600 calon melalui saringan ketat termasuk ujian kognitif dan penilaian kepimpinan. Mereka dianggap mewakili barisan terbaik negara dalam bidang digital.

Program CD:NXT dibangunkan bersama rakan universiti dan teknologi global dan merangkumi tiga komponen utama:

Dengan pelancaran CD:NXT, CelcomDigi mengukuhkan peranannya sebagai pemacu bakat muda Malaysia, seterusnya menyokong aspirasi negara menjadi kuasa digital berdaya saing di peringkat global. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version