Site icon TechNave BM

PMX setuju luluskan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, lindungi hak pekerja

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluluskan penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig bagi mengutamakan perlindungan sosial, pertikaian kontrak dan kemajuan kerjaya untuk pekerja gig.

“Langkah ini diambil kerana majoriti besar belia Bumiputera terlibat dalam pekerjaan gig. Namun sebagai pekerja tidak formal, mereka tidak punyai perlindungan perundangan pekerjaan serta sistem perlindungan sosial,” katanya.

Januari lalu, Ahmad Zahid yang merupakan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata beliau komited untuk menubuhkan suruhanjaya ekonomi gig dan masih menunggu kelulusan Kabinet.

Beliau berkata penubuhan suruhanjaya itu bertujuan melindungi dan menjaga kebajikan pekerja gig di negara ini yang mencapai 1.12 juta orang. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version