Site icon TechNave BM

POCO akan lancarkan POCO M3 pada 24 November ini, akan hadir di pasaran Malaysia

Terkini, POCO dilapor akan melancarkan telefon pintar terbaru POCO M3 dengan paparan slogan ‘More than you expect’ yang bermaksud; lebih dari apa yang anda jangkakan. Semestinya, peranti terbaru ini adalah penjenamaan semula biasanya dari jenama Redmi.

Laporan ini mula hadir melalui acahan yang dimuat naik oleh eksekutif POCO Global di laman Twitternya. Akaun Twitter POCO Global kemudiannya memberi maklum balas mengenai siaran tersebut, disusuli dengan muat naik poster POCO M3.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat mengenai peranti POCO baharu ini. Apa pun, ia bakal dilancar pada 24 November ini. Terdahulu, kami telah memaklumkan tentang jangkaan beberapa peranti Xiaomi yang akan dilancar pada tarikh 24 November ini.

Adakah anda bersedia dengan POCO M3 baharu memandangkan POCO X3 NFC masih menjadi bualan hangat? Beritahu komen anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version