Site icon TechNave BM

POCO akan lancarkan siri telefon pintar baru pada tahun ini

POCO merupakan antara jenama telefon pintar yang sangat popular dengan peranti berkualiti tinggi namun dijual pada harga yang sangat berpatutan berbanding jenama pesaing. Kini, POCO telah mengumumkan bahawa syarikat itu akan melancarkan siri telefon baru pada tahun ini.

Dalam akaun Twitter rasmi POCO, mereka telah memuat naik sebuah gambar yang menunjukkan sejarah pelancaran telefon pintar mereka sejak 2018 dan kini mengacah kehadiran untuk produk baru pada tahun ini. Gambar tersebut dikongsi sempena Hari Pencipta yang disambut pada 11 Februari.

Walaupun POCO tidak menyatakan secara jelas, ini mungkin adalah POCO X3 Pro yang baru-baru ini mungkin telah mendapat pengiktirafan SIRIM. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version