Site icon TechNave BM

POCO bakal lancarkan POCO M2 Pro dengan cipset Snapdragon 720G

Dalam tahun ini, POCO telah melancarkan dua jenis telefon pintar di India iaitu POCO X2 dan POCO F2 Pro. Hanya POCO F2 Pro sahaja yang masuk ke pasaran Malaysia.

Sekarang, sumber menyatakan bahawa terdapat penyenaraian baru untuk produk terbaru POCO yang diberi nama POCO M2 Pro di dalam laman web pengesahan di India (Bureau of Indian Standards).

Walaupun nama telefon pintar baru POCO belum diberitahu di dalam laman web rasmi tetapi penyenaraian baru ini menunjukkan nama POCO dengan nombor model M2003J6CI dan nombor model ini pernah dikaitkan dengan khabar angin tentang telefon baru keluaran POCO.

Sumber sebelum ini pernah menyatakan telefon pintar baru POCO, POCO M2 Pro ini akan menggunakan cipset Snapdragon 720G, cipset yang sama digunakan oleh Redmi Note 9 Pro.

Sehingga kini, tiada berita lagi tentang kemasukan telefon baru keluaran POCO ini ke pasaran Malaysia.

Adakah POCO M2 Pro penjenamaan semula produk Xiaomi yang telah dilancarkan? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita terbaru tentang telefon pintar.

Exit mobile version