Site icon TechNave BM

POCO berpisah daripada Xiaomi, kini bergerak sendiri

Walaupun dengan hanya satu model telefon pintar, jenama POCO sudah pun mendapat tempat dalam ribuan hati peminatnya dan telah menjadi antara jenama telefon pintar terbesar dalam dunia. Telefonnya, POCOPHONE F1, yang dilancarkan pada 2018 disambut baik oleh industri telefon pintar dan ramai pengguna.

Sebelum ini, POCO adalah jenama yang berada di bawah naungan Xiaomi. Namun bermula 17 Januari, jenama POCO terlah berpisah daripada Xiaomi dan kini bergerak sendiri sebagai sebuah syarikat bebas.

Berita tersebut diumumkan oleh CEO Xiaomi India, Manu Kumar Jain, dalam satu ciapan di Twitter. Ia juga dikongsikan oleh Ketua POCOPHONE Global, Alvin Tse.

Adakah anda menantikan telefon pintar seterusnya oleh jenama POCO? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar terkini!

Sumber: Android Authority

Exit mobile version