Sebelum ini terdapat khabar mengatakan POCO C3 yang akan dilancarkan esok (6 Oktober) di India adalah telefon pintar Redmi 9C yang dijenamakan semula, dengan rupa dan spesifikasi kedua-dua telefon yang hampir serupa. Kini maklumat terbaru tentang POCO C3 akan memisahkannya sedikit dengan Redmi 9C.
Menurut sebuah laman web khas untuk POCO C3, ia akan mempunyai RAM sehingga 4GB. Ini berlainan dengan Redmi 9C yang dilengkapi RAM 2GB atau 3GB sahaja.
Manakala maklumat lain pula menunjukkan spesifikasi yang serupa dengan Redmi 9C, iaitu bateri 5,000mAh dan skrin dengan resolusi HD+. Sebelum ini, POCO C3 disahkan akan dilengkapi kamera 13MP seperti Redmi 9C.
Sungguhpun begitu, senarai spesifikasi penuh masih tidak diketahui jadi masih tidak pasti jika POCO C3 memang adalah Redmi 9C yang dijenamakan semula. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Flipkart

