Site icon TechNave BM

POCO C3 bakal dilancarkan di India 6 Oktober ini, mungkin penjenamaan semula Redmi 9C

Selepas pelancaran POCO F2 Pro dan POCO X3 NFC pada bulan yang lalu, POCO kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan sebuah lagi telefon pintar yang diberi nama POCO C3.

POCO C3 mungkin adalah penjenamaan semula bagi telefon pintar Redmi 9C yang telah dilancarkan oleh Xiaomi sebelum ini. Menurut sumber rasmi POCO India, POCO C3 akan dilancarkan pada 6 Oktober ini.

Jika benar POCO C3 adalah penjenamaan semula Redmi 9C, berikut adalah spesifikasi penuh Redmi 9C yang akan mungkin akan hadir pada POCO C3 ini:

Untuk harga pula, POCO C3 ini dijangka akan dijual kurang dari $137 (~RM570). Buat masa ini, telefon ini hanya akan dilancarkan pada pasaran India sahaja.

Adakah anda berminat sekiranya telefon ini memasuki pasaran Malaysia? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version