Site icon TechNave BM

POCO C50 akan dilancar pada 3 Januari, X5 5G bakal dikeluarkan tidak lama lagi

POCO sedang bersiap sedia untuk melancarkan beberapa peranti baharu pada awal tahun 2023. Salah satunya adalah POCO C50 yang sepatutnya tiba pada bulan November dan POCO X5 5G yang telah dikesan dalam pelbagai platform pensijilan.

Satu laporan mengatakan bahawa POCO C50 akan dilancarkan pada 3 Januari di India. POCO memberitahu bahawa peranti itu merupakan peranti pakej keseluruhan dengan prestasi kamera terbaik, pengalaman multimedia yang mengasyikkan dan “hayat bateri yang panjang dengan reka bentuk yang menarik.

Selain itu, POCO X5 5G juga telah disahkan oleh Bureau of Indian Standards (BIS), Federal Communications Commission (FCC) dan Office of The National Broadcasting and Telecommunications Commission (NBTC). 

Pensijilan tersebut menunjukkan bahawa peranti itu akan dilancarkan tidak lama lagi. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: GSMArena

Exit mobile version