Site icon TechNave BM

POCO C51 dilancarkan, miliki cipset Helio G36 dan bateri 5,000mAh berharga ~RM457

POCO C51 telah dilancarkan secara rasmi sebagai telefon pintar segmen permulaan dalam siri C. Ia membawakan LCD 6.52 inci dengan resolusi HD+, cipset Helio G36 dan bateri 5,000 mAh. Peranti ini datang dalam memori RAM 4GB dan storan 64GB.

Storan boleh dikembangkan melalui slot kad mikroSD dan hadir dengan Android 13 (edisi Go) manakala bateri 5,000 mAh menyokong pengecasan 10W melalui pengecas yang disertakan. Terdapat kamera swafoto 5MP yang ditempatkan di takuk titisan air.

Bahagian belakang mempunyai kamera utama 8MP dan sensor VGA untuk kedalaman. Selain itu, POCO C51 dilengkapi fungsi Turbo RAM yang membolehkan pengguna mengakses RAM sehingga 7GB. POCO C51 didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Power Black dan Royal Blue.

Tanda harga bagi POCO C51 ialah INR 8,499 (~RM457). Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Poco C51 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Flipkart

Exit mobile version