Site icon TechNave BM

POCO C65 dilancar di Malaysia: Skrin 90Hz 6.74″ dan kamera 50MP bermula RM449

POCO menambah satu lagi peranti dalam siri POCO C iaitu POCO C65 yang kini boleh didapati di Malaysia. Harga awal promosi bermula dari hanya RM449 sambil menyambut ulang tahunnya yang kelima dengan menawarkan telefon mudah alih pada harga berpatutan.

POCO C65 mempunyai paparan 6.74 inci dengan kadar penyegaran semula 90Hz, memastikan pengalaman hiburan yang mendalam dengan bateri 5,000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kameranya terdiri daripada kamera utama 50MP dan kamera makro 2MP di belakang, manakala di hadapan pula terdapat kamera swafoto 8MP.

Ia dikuasakan oleh cipset MediaTek Helio G85 yang dibina dengan nod proses 12nm, RAM 6GB atau 8GB dan storan dalaman 128GB atau 256GB. Satu ciri menarik pada kamera swafoto ini adalah ia mempunyai cahaya cincin lembut (soft ring light) untuk mencantikkan gambar swafoto dalam suasana malap. POCO C65 boleh didapati dalam dua varian iaitu 6GB+128GB berharga RM499 dan 8GB+256GB pada harga RM599.

Berikut adalah spesifikasi ringkas POCO C65:

Harga awal promosi RM449 untuk varian 6GB+128GB dan RM549 untuk varian 8GB+256GB boleh didapati sehingga 15 November 2023 secara eksklusif di Lazada dan Shopee. Terdapat juga Jualan Mega POCO 11.11 menampilkan pelbagai produk POCO dengan penjimatan sehingga RM900.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version