Site icon TechNave BM

POCO C75 dilancar di Malaysia: Skrin 120Hz, RAM 16GB, kamera 50MP bermula RM499

POCO Malaysia baru-baru ini melancarkan sebuah telefon pintar kelas mampu milik yang terbaru iaitu POCO C75. Ia menampilkan rekaan yang menarik untuk sebuah telefon mampu milik dan dilengkapi spesifikasi yang cukup untuk kegunaan harian.

POCO C75 dilengkapi skrin besar berukuran 6.88 inci dengan kadar segar semula 120Hz untuk animasi lancar sewaktu menatal, serta pancaran cahaya biru rendah yang diiktiraf TÜV Rheinland untuk pengalaman tontonan yang selesa pada mata.

Selain itu, ia dilengkapi RAM sehingga 16GB, bateri 5,160mAh dan kadar pengecasan 18W. Untuk audio, ia mempunyai pembesar suara yang boleh memainkan pada tahap kelantangan sehingga 150%, atau anda boleh hubungkan fon telinga berwayar melalui bicu audio 3.5mm.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO C75:

POCO C75 boleh dibeli bermula hari ini di laman web Xiaomi, Shopee atau Lazada. Jika anda membelinya sebelum 30 November, anda boleh dapatkan harga yang lebih rendah.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version