Site icon TechNave BM

POCO C85 dilancar di Malaysia: Skrin 6.9″ 120Hz, bateri 6,000mAh, Helio G81-Ultra bermula RM399

Xiaomi Malaysia hari ini melancarkan telefon pintar mampu milik yang terbaru dalam jenama POCO iaitu POCO C85. Walaupun dijual pada harga yang murah, ia masih mempunyai spesifikasi yang menarik terutamanya pada skrin dan baterinya.

Skrinnya agak besar, berukuran 6.9 inci dan mempunyai resolusi HD+ dan kadar segar semula AdaptiveSync 120Hz yang boleh berubah secara automatik antara 60Hz, 90Hz dan 120Hz supaya anda boleh dapatkan pengalaman skrin yang lancar.

Ia turut mempunyai bateri besar berkapasiti 6,000mAh yang cukup untuk menyediakan tontonan video selama 22 jam. Bateri ini menyokong kadar pengecasan pantas 33W yang boleh mengecas daripada 0% hingga 50% dalam masa 31 minit sahaja.

Walaupun selepas melalui kitaran pengecasan sebanyak 1,000 kali, bateri ini masih boleh menyimpan 80% daripada pengecasan penuh untuk penggunaan selama bertahun-tahun. Bateri ini turut mempunyai fungsi pengecasan berbalik pada kadar 10W, menjadikannya seperti power bank untuk mengecas peranti lain.

Spesifikasi dalaman lain termasuklah cipset MediaTek Helio G81-Ultra, RAM 6GB atau 8GB dan storan 128GB atau 256GB. Storan dalamannya boleh dibesarkan dengan kad memori microSD sehingga 1TB.

Kameranya pula terdiri daripada kamera utama 50MP di belakang serta sebuah kamera 8MP di hadapan.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO C85:

POCO C85 akan dijual pada harga promosi jika anda membelinya sebelum 16 September 2025. Ia boleh dibeli dari Shopee, Lazada dan laman web Xiaomi.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan telefon ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version