Site icon TechNave BM

POCO F2 diacah dalam sebuah video, mungkin dilengkapi skrin AMOLED 120Hz, Snapdragon 732G

Pada tahun 2018, dunia telefon pintar dikejutkan dengan POCO F1 (atau Pocophone F1), sebuah telefon yang dilengkapi cipset andalan dengan harga yang sangat berpatutan. Selepas dari itu, POCO telah melancarkan beberapa telefon pintar, namun POCO F2 belum lagi diumumkan.

Terbaru, video dari media sosial POCO India telah mengacah kehadiran POCO F2 untuk pasaran India tidak lama lagi.

Buat masa ini, POCO belum lagi memberi sebarang informasi mengenai peranti ini. Berdasarkan khabar angin, ia bakal hadir dengan cipset Snapdragon 732G, skrin AMOLED 120Hz serta bateri 4,250mAh.

POCO F2 juga dikatakan akan dilengkapi kamera kuad pada bahagian belakang (lebar, ultra lebar, makro, kedalaman) dan varian untuk pasaran global akan hadir dengan sokongan NFC.

Perlu diingat, spesfikasi ini adalah dari sumber tidak rasmi dalam talian. Spesifikasi akhir peranti ini mungkin jauh berbeza dari spesifikasi yang dinyatakan.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti POCO F2 ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version