Site icon TechNave BM

POCO F2 Pro dijual pada harga promosi RM1,599 sempena musim kemerdekaan

Xiaomi Malaysia akan menjual telefon pintar POCO F2 Pro pada harga promosi bermula hari ini di mana varian 6GB+128GB akan dijual pada harga istimewa RM1,599, iaitu RM600 lebih rendah daripada harga asal.

Untuk rujukan, POCO F2 Pro adalah telefon kelas pertengahan-atas yang dilengkapi cipset Snapdragon 865, RAM LPDDR5, storan UFS 3.1, penyejukan cecair, skrin AMOLED dan kamera 64MP. Untuk spesifikasi penuh POCO F2 Pro, anda boleh baca artikel pelancarannya di Malaysia.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk membeli POCO F2 Pro dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version