Site icon TechNave BM

POCO F2 Pro storan 128GB dijual dengan harga RM1,799, hari ini sahaja!

Berita ringkas untuk makluman kepada para peminat yang ingin mendapatkan POCO F2 Pro. Anda kini boleh membelinya melalui Xiaomi Store rasmi di Lazada dengan harga hanya RM1,799 sempena jualan 8.8!

Untuk pengetahuan anda, POCO F2 Pro yang dijual pada harga ini dilengkapi cipset Snapdragon 865 dengan storan 128GB. Harga asal peranti adalah pada harga RM2,199. Anda boleh membelinya di pautan Lazada ini, manakala anda boleh menyemak spesifikasi POCO F2 Pro di pautan ini.

Perlu diingatkan bahawa anda boleh mendapatkan POCO F2 Pro 128GB dengan harga ini pada hari ini sahaja! Beberapa varian warna sudah habis terjual juga. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi Lazada

Exit mobile version