Site icon TechNave BM

POCO F3 GT bakal dilancar pada 23 Julai ini, mungkin berharga sekitar ~RM1,686

POCO India telah mengacah mengenai peranti POCO F3 GT sejak beberapa minggu yang lalu. Kini, mereka telah memberitahu tarikh pelancaran peranti ini iaitu pada 23 Julai ini.

Untuk pengetahuan anda, POCO F3 GT dijangka adalah penjenamaan semula Redmi K40 Gaming Edition. Jadi, ia berkemungkinan besar hadir dengan skrin AMOLED 120Hz, cipset Dimensity 1200 dan bateri 5,000mAh yang menyokong 67W.

Ia juga dijangka hadir dengan pembesar suara stereo yang menyokong Dolby Atmos. Ia juga mungkin mengekalkan butang ‘gaming‘ fizikal yang ada pada Redmi K40 Gaming Edition.

Redmi K40 Gaming Edition

Bercakap mengenai harga pula, terdapat sumber yang menyatakan bahawa POCO F3 GT mungkin dijual sekitar 30,000 INR (~RM1,686).

Apa pun, nantikan pelancaran telefon pintar ini pada minggu hadapan di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version