Site icon TechNave BM

POCO F3 GT sah dilengkapi Dimensity 1200, dilancar Q3 2021

Sebelum ini, beberapa khabar angin dalam talian menyatakan bahawa telefon pintar terbaru yang bakal diperkenalkan oleh POCO India ialah POCO F3 GT. Kini, perkara tersebut telah disahkan oleh pihak POCO dengan sebuah video acahan dari mereka. Video tersebut menunjukkan bahawa POCO F3 GT bakal dikuasai oleh cipset Dimensity 1200 dan ia akan dilancarkan dalam masa terdekat.

Video acahan tersebut berakhir dengan menyatakan ‘Q3 coming soon’. Ini bermakna bahawa POCO F3 GT mungkin akan dilancarkan seawal bulan Julai ini. Seperti yang dijangka, POCO F3 GT dilihat adalah penjenamaan semula Redmi K40 Gaming Edition yang telah dilancar di China bulan lalu.

Redmi K40 Gaming Edition adalah telefon gaming pertama dari jenama Redmi. Ia hadir dengan lampu RGB sekeliling modul kamera belakang dan dilengkapi butang bahu pop-up mekanikal. Untuk spesifikasi lain, ia dijangka akan kekal sama dengan Redmi K40 Gaming Edition.

Namun begitu, terdapat juga kemungkinan bahawa POCO F3 GT bakal hadir dengan reka bentuk yang berbeza berbanding Redmi K40 Gaming Edition.

Lihat artikel ini untuk butiran penuh Redmi K40 Gaming Edition.

Kami jangkakan POCO F3 GT ini mungkin akan dilancarkan ke pasaran Malaysia selepas ia diperkenalkan di India.

Adakah anda menantikan POCO F3 GT? Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version