Site icon TechNave BM

POCO F4 5G bakal dilancar, tidak membawa varian Pro

POCO sedang bersiap sedia untuk memperkenalkan POCO F4 5G. Tarikh peranti ini masih belum diberitahu tetapi beberapa ciri dan spesifikasi peranti telahpun didedahkan. POCO F4 5G adalah Redmi K40S yang dijenamakan semula dengan kamera utama 64MP dan bukannya sensor 48MP. Begitu juga, setiap kod MIUI, Poco F4 Pro 5G adalah berdasarkan Redmi K50 Pro.

Xiaomi mengusahakan perisian MIUI untuk POCO F4 Pro 5G sehingga 19 April dan sudah dua bulan perisian itu dilancarkan. Akan tetapi, peranti ini mungkin tidak akan membawa varian Pro.

POCO F4 Pro 5G sepatutnya menjadi Redmi K50 Pro yang dijenamakan semula. Ia membawa paparan AMOLED 2K yang menyokong Dolby Vision dan dikuasakan oleh cipset Mediatek Dimensity 9000. 

Oleh itu, poster promosi sebelum ini tidak perlu diambil kira kerana sehingga kini masih tiada bukti bahawa POCO F4 5G akan dilancarkan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version