Site icon TechNave BM

POCO F4 GT bakal dilancar pada 26 April: Mungkin miliki cipset SD 8 Gen 1 & tri-kamera 64MP

POCO telah mengumumkan bahawa POCO F4 GT akan dilancarkan pada 26 April, pukul 8:00 malam waktu Malaysia. Mengikut penyenaraian di Geekbench, POCO F4 GT berkemungkinan besar peranti Redmi K50 Gaming yang dijenamakan semula.

POCO F4 GT merupakan versi jenama semula bagi Redmi K50 Gaming untuk pasaran di luar China. Beberapa peranti lain mungkin akan dilancarkan termasuk POCO F4 dengan cipset Snapdragon 870 dan POCO F4 Pro dengan cipset Dimensity 9000.

POCO F4 GT mungkin hadir dengan paparan OLED 6.67 inci dengan kadar penyegaran semula 120Hz dan ketumpatan piksel 395ppi dalam nisbah aspek 20:9. Paparan akan mempunyai lubang tebuk (punch-hole) untuk kamera swafoto dan dibina dengan Corning’s Gorilla Glass 5.

Peranti ini akan menampilkan bateri 4,750mAh dengan pengecasan super pantas 70-80W melalui port USB-C. Ia dikuasakan oleh cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 okta-teras 4nm dan GPU Adreno 730. Tri-kamera belakang menampilkan Sony IMX686 64MP + 8MP + 2MP.

Ciri-ciri lain pada peranti mungkin merupakan Android 12 dengan kulit MIUI 13 Xiaomi, sokongan untuk audio Hi-Res, bicu audio 3.5mm dan pengimbas cap jari yang juga berfungsi sebagai butang kuasa.

Nantikan siaran langsung di halaman Facebook POCO pada 26 April nanti untuk pelancaran POCO F4 GT. Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version