Site icon TechNave BM

POCO F4 GT dilancar di Malaysia: SD 8 Gen 1, cas pantas 120W, AMOLED 120Hz bermula RM1,999

POCO Malaysia hari ini telah melancarkan telefon pintar andalan terbaharu untuk tahun ini iaitu POCO F4 GT. Ia menampilkan pelbagai spesifikasi tercanggih seperti cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1, pengecasan pantas 120W HyperCharge dan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

Turut mendampingi cipset pantas itu termasuklah RAM LPDDR5 dan storan dalaman UFS 3.1, manakala sistem penyejukannya terdiri daripada LiquidCool Technology 3.0 yang mempunyai kamar wap seluas 4,860mm2 untuk pelesapan haba yang pantas. Di hadapan, ia mempunyai skrin AMOLED rata berukuran 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz dan kadar bacaan sentuh 480Hz untuk tindak balas pantas.

POCO F4 GT adalah telefon POCO pertama yang dilengkapi teknologi pengecasan pantas 120W HyperCharge, di mana pengecasan penuh untuk baterinya yang berkapasiti 4,700mAh hanya mengambil masa selama 17 minit. Tidak seperti telefon pintar andalan lain, sebuah pengecas 120W akan disertakan dalam kotak telefon ini.

POCO jamin bahawa teknologi pengecasan ini adalah selamat dan mempunyai AdaptiveCharge untuk mengurangkan tempoh bateri berada dalam tahap 80-100% bagi memelihara hayat keseluruhan bateri.

Telefon ini turut menawarkan beberapa fungsi khas untuk gaming, di mana ia mempunyai butang pencetus (pop-up trigger) di bahagian bucu yang boleh dikeluarkan secara magnetik. Butang ini bukan sahaja boleh digunakan dalam pelbagai jenis game, malah boleh ditetapkan sebagai shortcut untuk mengakses aplikasi yang kerap digunakan seperti kamera, rakaman skrin atau lampu suluh.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk POCO F4 GT:

POCO F4 GT boleh mula dibeli pada 28 April 2022 dan anda boleh mendapatkan harga promosi awal untuk masa terhad pada hari tersebut sahaja.

Adakah anda berminat untuk memiliki POCO F4 GT? Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version