Site icon TechNave BM

Poco F4 GT peroleh pelbagai pensijilan, dilengkapi bateri kapasiti 4,560 mAh

Poco F4 GT yang akan datang telah dikesan memperoleh pelbagai pensjilian iaitu FCC, IMEI, EEC dan TUV sebelum pelancarannya. Semua pensijilan ini mendedahkan bahawa telefon itu akan menggunakan MIUI 13. F4 GT akan mempunyai bateri berkapasiti 4,560 mAh dwi-sel yang bermaksud terdapat sokongan untuk beberapa jenis pengecasan pantas.

Terdapat juga Audio Hi-Res, palam pengecasan, kabel USB-C, alat bukaan SIM, sarung telefon dan penyesuai audio Type-C kepada 3.5mm. Nombor model Poco F4 GT ialah 21121210G. Huruf “G” pada penghujungnya bermaksud global manakala “C” adalah untuk pasaran China.

Terdapat juga nombor model 21121210C dan berkemungkinan besar akan dilancarkan sebagai Redmi K50 Gaming. Bahawa peranti yang sama akan dijual di bawah kedua-dua nama ini adalah tidak mengejutkan memandangkan perkara yang sama berlaku tahun lepas apabila Poco F3 GT dikenali sebagai Redmi K40 Gaming di China.

Pensijilan Poco F4 GT tidak mendedahkan sebarang butiran lain tetapi Redmi telah mendedahkan bahawa K50 Gaming akan datang dengan kamera utama menggunakan sensor Sony IMX686 64MP manakala kamera swafotonya menggunakan sensor Sony IMX596 20MP.

Ciri lain yang disahkan termasuk skrin FHD+ OLED dengan kadar penyegaran semula 120 Hz, pensampelan sentuhan 480 Hz dan Gorilla Glass Victus. Terdapat dua pilihan warna iaitu perak dan biru. K50 Gaming akan diumumkan pada 16 Februari. Jadi, mungkin pelancaran Poco F4 GT tidak lama lagi.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version