Site icon TechNave BM

POCO F5 sah hadir dengan cipset Snapdragon 7+ Gen 2 dan RAM 12GB

Baru-baru ini, telefon keluaran Xiaomi baharu muncul dengan nombor model 23049PCD8G yang mempunyai cipset Snapdragon 7+ Gen 2 dengan RAM 12GB dan dijangkakan ia adalah POCO F5 varian standard. Twitter rasmi Snapdragon India kemudian mengesahkan bahawa sememangnya POCO F5 yang akan menjadi telefon pertama di India dengan cipset SD 7+ Gen 2 ini.

Cipset ini akan membawa 50% prestasi keseluruhan yang lebih tinggi, 13% kecekapan kuasa yang lebih baik dan 2x peningkatan prestasi AI berbanding dengan Snapdragon 7 Gen 1. Spesifikasi POCO F5 ini serupa dengan Redmi Note 12 Turbo yang kini hanya tersedia di China.

Tidak menghairankan jika kedua-dua model telefon ini adalah sama dan dapat menjangkakan bahawa POCO F5 mempunyai bateri 5,000 mAh dengan pengecasan 67W serta MIUI 14 berdasarkan Android 13 OS. Spesifikasi lain termasuk skrin AMOLED 6.67 inci dan kamera utama 64MP.

Cipset Snapdragon 7+ Gen 2 mungkin terdengar seperti penurunan taraf daripada Snapdragon 870 pada POCO F4 tetapi hakikatnya, platform Qualcomm baharu membawa kecekapan bateri dan prestasi yang lebih baik.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: MySmartPrice

Exit mobile version