Site icon TechNave BM

POCO India perkenal logo dan maskot baru, POCO Malaysia bila?

Semalam, POCO India telah mengumumkan logo dan maskot syarikat mereka yang baru. Selain dari identiti luaran yang baru, mereka juga turut memperkenalkan slogan mereka yang baru – Made of Mad (Diperbuat daripada gila).

Slogan mereka yang baru ini mungkin bermaksud kegilaan dalam dunia teknologi. Maskot baru mereka dilihat seperti sebuah emoji yang diubah suai dan ianya adalah sebahagian daripada logo baru mereka. Setiap reka bentuk emoji tersebut mempunyai maksud yang tersendiri.

POCO mula beroperasi sebagai anak syarikat Xiaomi pada tahun 2018 yang menumpukan kepada gajet berpatutan. Kemudiannya, pada tahun lepas, mereka berpisah dari Xiaomi dan menjadi syarikat yang berdiri sendiri.

Namun, mereka masih lagi berkongsi kilang dan reka bentuk peranti dengan Xiaomi.

Buat masa ini, logo dan maskot baru ini hanyalah untuk syarikat POCO di India sahaja. Ia tidak bermakna ianya akan digunakan oleh syarikat POCO di negara lain.

Adakah anda meminati logo dan maskot baru POCO India? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version