Site icon TechNave BM

POCO M2 dilancarkan: Helio G80, 4 kamera, 5000mAh berharga ~RM623

Terkini, POCO telah melancarkan peranti kelas pertengahan terbaru di pasaran India, POCO M2. Kehadiran peranti ini menambah kepada siri POCO M2 yang sebelum ini telah hadir dengan POCO M2 Pro.

POCO M2 kali ini menawarkan spesifikasi menarik seperti Helio G80, kamera utama 13MP yang menyokong Pro Colour Mode dan bateri besar berkapasiti 5000mAh yang mampu bertahan sehingga 12 jam penggunaan gaming. Anda boleh rujuk spesifikasi asas di bawah.

Di pasaran India, POCO M2 dijual dengan harga 10,999 Rupi (~RM623) untuk varian 6GB+64GB dan 12,499 Rupi (~RM708) untuk varian 6GB+128GB.

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaannya di Malaysia. Adakah anda berminat dengan POCO M2? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Anda boleh membaca berita lepas mengenai POCO M2 Pro atau POCO X3 NFC yang baru sahaja dilancarkan.

Exit mobile version