Site icon TechNave BM

POCO M2 Pro akan dilancarkan pada 7 Julai

Selepas memperkenalkan POCO F2 Pro beberapa bulan lalu, POCO kini sedang bersiap untuk memperkenalkan telefon terbaru yang bernama POCO M2 Pro. Berdasarkan sebuah ciapan semalam, POCO M2 Pro akan dilancarkan pada Selasa, 7 Julai jam 12:00 tengah hari (2:30 petang waktu Malaysia).

Dalam ciapan tersebut, terdapat juga sebuah hashtag “#FeelTheSurge” yang mungkin merujuk pada bateri besar, pengecasan pantas atau prestasi yang lebih laju. Berdasarkan laman telefon pintar itu di laman web Flipkart, pengecasan pantas 33W bakal menjadi penarik utama telefon ini.

Selain itu, sebuah laporan Geekbench juga telah terdapat sejak semalam. Ia menunjukkan peranti yang menggunakan cipset Qualcomm yang kami jangkakan adalah Snapdragon 765, di samping RAM 6GB, storan 128GB, skrin 6.53 inci dan empat kamera di belakang.

Apakah pendapat anda tentang POCO M2 Pro? Kongsi ramalan spesifikasi anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave English

Exit mobile version