Site icon TechNave BM

POCO M2 Pro bakal hadir di pasaran, didakwa sama seperti POCO F2 Pro

Seusai pelancaran POCO F2 Pro pada minggu lalu, POCO kini merancang untuk melancarkan POCO M2 Pro pula. Anda boleh menjangkakan pengumuman tarikh pelancarannya pada bila bila masa memandangkan POCO F2 Pro dilihat melepasi WiFi Alliance dan pengesahan Bluetooth SIG.

POCO M2 Pro ditemui dalam penyenaraian pengesahan tersebut dengan nombor model M2003J6CI. Namun, kami masih ketiadaan maklumat mengenai spesifikasi lain selain daripada sokongan Bluetooth 5.0. Terdapat banyak persoalan yang tular di internet sama ada POCO M2 Pro adalah penjenamaan semula POCO F2 Pro (pelanduk dua serupa Redmi K30 Pro) atau sememangnya varian baharu POCO.

POCO F2 Pro

Apa pun, mungkin anda ingin melihat sekali lagi spesifikasi POCO F2 Pro untuk mengimbau spesifikasi peranti tersebut. Dengan timbulnya berita sebegini, pastinya terdapat berita khabar angin spesifikasi yang bakal menyusul. Walaupun tidak rasmi, namun cukup untuk memberi bayangan kepada pengguna teknologi.

Untuk itu, kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi dan telefon pintar terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version